PENGENALAN
Sebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atau objektif pengurusan yang tersendiri. Begitu juga di dalam pengurusan islam, objektif pengurusan merupakan sesuatu yang sangat penting kerana menggariskan hala tuju yang akan dicapai oleh organisasi.
Objektif Pengurusan Islam menurut Maqasid Syariah
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
- Objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan umum yang melambangkan MATLAMAT yang hendak dicapai.
- Dengan adanya objektif yang jelas, membolehkan segala sumber yang ada serta segala USAHA dapat digerakkan kearah pencapaian objektif yang telah digariskan .
- Melalui objektif juga membolehkan perancangan DILAKSANAKAN dengan sebaik mungkin dengan mengambil kira realiti masa kini, pengalaman masa lampau serta tuntutan untuk masa hadapan .
- Di samping itu, objektif juga membolehkan PENGUKURAN dapat dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yang diperolehi .
MATLAMAT UMUM SYARIAH (MAQASID SYARIAH)
- Menurut imam Syartibi dan Al-Ghazali (2010) matlamat umum syariah merangkumi lima komponen maqasid yang sangat mustahak, iaitu keselamatan akal, agama, harta, jiwa/nyawa dan keturunan yan setiap perundangan hukum itu mestilah melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia.
OBJEKTIF DAN PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
A) Menjaga keselamatan agama
+ Merupakan matlamat syariah yang pertama dan terpenting dalam kehidupan seorang muslim.
+ Agama menjadi pemisah kualiti sebenar seorang muslim dan berkaitan rapat dengan soal akidah.
B) Menjaga keselamatan jiwa(nyawa)
C) Menjaga keselamatan akal
+ Akal dan pemikiran perlu dijaga kerana ia merupakan anugerah Allah yang
paling berharga kepada manusia .
+ Keistemewaan yang membezakan manusia berbanding makhluk yang lain.
+ Akal juga perlu disuburkan fungsinya demi kebaikan ummah secara keseluruhan.
Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah al-Maidah 5:90)
Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah al-Maidah 5:90)
D) Menjaga keselamatan maruah dan keturunan
+ Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat syariah.
Maksudnya : " Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. (yang membawa kerosakan)."
(Surah al-isra'17:32)
Maksudnya : " Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. (yang membawa kerosakan)."
(Surah al-isra'17:32)
E) Menjaga keselamatan harta
Maksudnya : " Dan orang lelaki yang mecuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah, dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Maidah 5:38)
PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
1. Al-Ubudiyyah
- Prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah.
- Merujuk kepada sifat pengabdian diri seorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah.
- Merujuk kepada sifat pengabdian diri seorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah.
"Janganlah kamu sembah dua Tuhan. Hanya dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlak kamu kepadaKu. Allah memiliki apa-apa yang dilangit dan di bumi dan kepada-Nya hendaklah kamu ptuh selam-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah" (Surah al-Nahl 16:51-52)
Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memakmurkan muka bumi.
KONSEP UBUDIYAH
1. Allah tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid semata-mata untuk tujuan beribadat, sedangkan manusia boleh beribadat di mana sahaja .2. Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan (ubudiah) Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorakkan pembentukkan individu warganya,tetapi juga membentuk halatuju serta budaya organisasi tersebut.
PERKARA PENTING YANG BERKAITAN DENGAN UBUDIYYAH SERTA HUBUNGANNYA:
1. Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah.
1. Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah.
2. Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah. Ini menjadikan cara untuk untuk mencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan prinsip islam dan menegaskan penolakan terhadap kensep "Matlamat menghalalkan cara".
3. Budaya yang wujud dan subur di dalam organisasi perlu didokong oleh semangat pengabdian diri kepada Allah .
KESAN YANG POSITIF KEPADA PEMBENTUKAN WATAK WARGA ORGANISASI ERTA BUDAYA ORGANISASI YANG DIWUJUDKAN:
1. Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dengan agama. Ini mereka seorang yang sensitif dengan arahan dan tegahan agama. Oleh itu, ia
dapat mengambarkan bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam sesebuah organisasi
dapat mengambarkan bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam sesebuah organisasi
2. Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi sebagai satu ibadah dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya .
3. Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama. Ini akan menyumbang ke arah pengurusan dan mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif .
4. Agama menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan dalam organisasi. Seluruh warga dapat menjadikan agama sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan perkambangan organisasi .
2. Al-Syura
- Merupakan prinsip pengurusan islam yang kedua .
- Kepentingan ditegaskan dengan nyata di dalam Al-Quran dapat dikukuhkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w serta bekalan para sahabat .
KEPENTINGAN AL-SYURA DALAM HUBUNGAN DENGAN PENGURUSAN
1. Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal, keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada pandangan seorang .
2. Syura akan memantapkan keputusan yang dibuat hasil daripada perbincangan yang lebih matang dan mendalam .
3. Syura juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana ia dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai .
4. Melalui syura , kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah diputuskan secara ramai .
5. Syura akan meningkatkan komitmen pekerja kerana keputusan tersebut dibuat secara bersama.Dengan ini , mereka akan merasakan keputusan dibuat itu adalah keputusan bersama dan bukan keputusan individu sahaja .
6. Syura juga merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu berpengalaman dan berkemahiran.
SIFAT-SIFAT BAIK YANG DISYARIATKAN:
1. Seorang yang pintar atau bijaksana,berpandangan jauh dan berhati suci .
2. Seorang yang tidak melakukan kezaliman dan tidak membantu orang-orang yang zalim dan melakukan kejahatan .
3. Seorang yang jujur dan bertaqwa .
4. Seorang yang tidak pengecut tidak kedekut dan tidak tamak .
5. Seorang yang adil .
6. Seorang berilmu dan terpelajar .
7. Seorang yang tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan amanah .
FUNGSI SYURA:
1. Menggubal peraturan-peraturan organisasi .
2. Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut syariah .
3. Meluluskan program-program kewangan .
4. Mengulangkaji dasar-dasar organisasi dan memikirkan bagaimanakah cara untuk melicinkan lagi pentadbiran organisasi .
5. Berkuasa mengishtiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan perlu .
6. Meluluskan kontrak, perkonsian dan perjanjian dengan organisasi luar .
7. Memberikan kebebasan kepada setiap ahli syura untuk menyatakan pendapat demi kemaslahatan organisasi .
8. Menggunaan harta dan belanjawan organisasi sebagaimana yang diputuskan oleh syura.
3. Al-Hurriyah
: Al-hurriyah atau kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan islam.
: Islam menentang sebarang bentuk penghambaan tanpa pengalasan kecuali penghambaan terhadap Allah.
ISLAM MENJAMIN KEBEBASAN MANUSIA :
1. Kebebasan beragama, atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti .
2. Kebebasan berfikir .
3. Kebebasan bersuara.
4. Kebebasan memiliki dan mencari harta.
5. Kebebasan untuk menuntut ilmu.
6. Kebebasan bergerak.
KEBEBASAN DALAM ISLAM DIJAMIN UNTUK SETIAP INDIVIDU:
1. Ia tidak menganggu kepentingan orang lain, atau kepentingan awam. Hal ini kerana dalam islam, apabila bertembung antara kepentingan peribadi dengan kepentingan umum, kepentingan umum itu hendaklah didahulukan .
2. Tidak mengganggu kepentingan organisasi. Ini membawa maksud kepentingan organisasi hendaklah diutamakan berbanding dengan kepentingan dan kebebasan diri.
3. Kebebasan tersebut janganlah bercanggah dengan nilai dan prinsip agama. Jikalau bercanggah, maka dengan sendirinya ia terbatal .
4. Al-Musawah
: AL-Musawah atau persamaan adalah di antara prinsip pengurusan di dalam islam.
: Persamman ini berkaitan dengan hakikat bahawa manusia adalah berasal daripada keturunan yang satu iaitu berasal daripada Nabi Adam a.s .
: Hanya yang membezakan setiap manusia itu dengan manusa yang lain ialah amalan, tanggungjawab dan ketakwaan .
Maksudnya : " Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan perempuan ,dan perempuan dan kami telah menjadi kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antra satu sama lain) . Sesungguhnya semulia-muliakamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebihketurunan atau bangsanya) Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya(akan keadaaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat 49:13)
Maksudnya : " Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan perempuan ,dan perempuan dan kami telah menjadi kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antra satu sama lain) . Sesungguhnya semulia-muliakamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebihketurunan atau bangsanya) Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya(akan keadaaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat 49:13)
PELAKSANAAN MUSAWAH ATAU PERSAMAAN DI DALAM ORGANISASI:
1. Semua warga organisasi harus diterima sama rata , terutama dari sudut peraturan dan undang-undang.
2. Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan, kerana setiap manusia mempunyai maruah, kecenderungan dan sifat serta cita rasa yang tersendiri.
3. Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai peluang dan hak yang sama .
4. Pembahagian tugas hendaklah mengambil kira aspek kemanusiaan dan persamaan .
5. Al-Adalah
+ Islam merupakan agama yang mementingkan keadilan. Keadilan islam merujuk kepada hak, iaitu pemberian hak kepada yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatya. Keadilan ialah bercakap benar, jujur dan amanah, menjauhi perkara yan haram, menjauhi dosa dan syubhah, tenang dalam apa-apa juakeadaan seali pun dan menjaga maruah.
Dalam konteks ini, keadilan merupakan tunjang kepada segala bentuk amalan dengan melibatkan perkara-perkara yang berikut :
1. Keadilan perlu diamalkan dalam proses pengambilan pekerja agar pekerja yang dipilih menepati kriteriadan kelayakan yang ditetapkan.
2. Perlu dilaksanakan dalam pembahagian tugas supaya tugas diserahkan kepada yang layak mengambilkira bakat, potensi dan kekuatan.
3. Harus dilakasaakan dalam menjatuhkan hukuman bukan berdasarkan kedudukan atau kasih sayang.








No comments:
Post a Comment